Seller eBay yang baru sering melakukan kesilapan bila bila mula-mula buat bisnes di eBay.
Sebenarnya, seller lama pun ada buat kesilapan ini. Kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan lagi.
Semua seller baru, buat bisnes ebay dengan keyakinan tinggi. Mereka akan berjaya, akan buat banyak duit dengan bisnes ebay ini.
Tetapi akhirnya ramai dilanda kekecewaan.
Ada sesetengah di antara mereka yang bukan hanya tidak dapat buat duit di ebay, malah tahap kewangan mereka lebih teruk berbanding sebelum menjual di ebay.
Mereka salahkan sistem ebay yang didakwa tidak banyak membantu penjual. Ada pula yang menyalahkan pembeli yang dikatakan banyak karenah dan berperangai tidak munasabah.
Sedangkan sebenarnya seller ebay ini telah melakukan banyak kesilapan. Ada 10 kesilapan yang sering dilakukan.
===
===
Berikut adalah kesilapan yang biasa dilakukan dan cara terbaik untuk mengelakkannya.
1# Tidak menganggap ebay sebagai perniagaan.
Ramai yang menjual di ebay hanya sebagai cara menambah duit poket.
Bila duit poket sudah banyak, barulah boleh bersungguh-sungguh. Bila anggapan atau pemikiran ini berterusan, maka berterusanlah mereka mendapat wang yang sedikit.
Hindari Kesilapan Ini:
Sejak mula menjual lagi, kena anggap ebay sebagai perniagaan. Ebay adalah premis perniagaan kita. Pilih sumber produk dan kaji pasaran dengan serius.
Seboleh-bolehnya, sediakan satu ruang khusus di rumah (contohnya, cukup dengan hanya satu meja dan satu rak fail). Buat simpan kira-kira, duit keluar dan masuk. Simpan segala resit dan sebagainya.
2# Tidak kaji dengan mendalam bila menggunakan kaedah drop-shipping.
Ramai yang kecundang bila tergesa-gesa menggunakan kaedah dropshipping semata-mata ingin ‘cepat kaya’ tanpa mengkaji kaedah yang betul dahulu atau tanpa memahami sistem ebay berkaitan dropshipping.
Menjadi kaya dengan dropshipping bukan semudah melanggan newsletter dari seseorang, di mana kita hanya menunggu newsletter masuk ke emel kita tanpa mempeduikan newsletter itu sesuai atau tidak dengan karekter atau bisnes yang kita jalankan.
Kadangkala sukar mendapat untung yang baik dan sukar berkembang kerana ramai penjual menggunakan kaedah yang sama. Menjual barangan sama dengan harga yang tidak konsisten. Masa dan wang banyak dilaburkan tapi keuntungannya sedikit.
Hindari kesilapan ini:
Hati-hati memilih syarikat dropshipping. Pilih dropshipping jika sudah memilih niche yang khusus untuk menjual. Seeloknya, anda boleh bermula dengan menjual produk di sekeliling anda untuk memahami sistem ebay sebelum memilih kaedah dropshipping.
3# Tidak tahu dengan jelas jenis dan jumlah yuran yang perlu dibayar.
Bisnes di ebay tidak percuma! Ada bayaran tertentu yang perlu dijelaskan. Mungkin penyenaraian barang percuma tapi bila barang laku kena bayar yuran (ada website negara yang kena bayaran penyenaraian seperti di Australia).
Ada kemudahan-kemudahan tertentu yang bila kita pilih sewaktu penyenaraian, kita kena bayar.
Kadang-kadang kita seronok bila barang banyak laku, tetapi akhirnya setelah ditolak yuran itu ini, keuntungannya tidak berbaloi dengan masa dan kos yang kita laburkan.
Hindari kesilapan ini:
Ambil tahu berapa yuran yang perlu dibayar. Dengan itu kita dapat letakkan harga sewajarnya yang memberi untung dan berbaloi dengan masa yang kita habiskan.
4# Menetapkan harga mula bida (starting bid) atau harga tetap (fixed prices) yang terlalu tinggi.
Jika produk ada permintaan tinggi, walau bermula dengan harga rendah, ia selalunya berakhir dengan bidaan yang tinggi. Kadang kala harga bidaan yang diperolehi melebihi harga tetap yang ditawarkan.
Hindari kesilapan ini:
Sekiranya dapat, mulakan dengan harga terendah. Kalau pun tidak, mulakan dengan harga pasaran dan jangan letak harga rizab.
5# Maklumat kurang dalam diskripsi jualan.
Ada penjual menganggap tidak perlu memberi penerangan yang panjang lebar tentang barang yang dijual. Cukup dengan mengisi beberapa keterangan dalam ruang yang disediakan.
Anda mahu membeli barang yang anda tidak tahu apa barang itu kerana kekurangan maklumat? Begitulah juga pembeli ebay lain.
Pembeli ebay mahu tahu dengan lengkap barang yang mereka ingin beli. Adakah barang itu lama atau baru. Adakah masih dalam kotak atau sudah dibuka. Adakah ada jaminan pulangan. Dan sebagainya.
Hindari kesilapan ini:
Tulis keterangan selengkap yang boleh. Apa sahaja maklumat yang boleh ditulis…tuliskan! Jangan takut kalau ia kelihatan panjang.
6# Gambar tidak memuaskan.
Pembeli tidak dapat memegang dan melihat barang yang mereka ingin beli. Jadi gambar memainkan peranan penting. Pembeli akan meragui kejujuran anda sebagai penjual bila gambar yang diletakkan tidak asli, bukan gambar sebenar barang yang ingin dijual atau gambar tidak lengkap. Anda akan dianggap penjual yang tidak serius.
Hindari kesilapan ini:
Letakkan gambar sebanyak yang boleh. Pastikan gambar berkualiti tinggi. Semua sudut barangan ada dalam gambar. Termasuk sudut kecacatan barang.
7# Kos pos tinggi sangat.
Ramai penjual ebay tergoda untuk ambil untung dari kos pos. Lebih lagi bila untung barang tidak sebagus mana. Dalam jangka masa lama, anda akan ‘rugi’. Sesiapa pun akan curiga bila harga pos melebihi harga barang. Siapa yang akan membeli barang bila barang yang dijual itu jelas tidak berat, tetapi ‘berat’ kos posnya.
Hindari kesilapan ini:
Pilih syarikat penghantaran yang menawarkan kos yang berpatutan. Tetapkan kos pos secukupnya berdasarkan harga. Elak mengamil lebih. Jika kos pos dapat dimasukkan dalam harga barang, tawarkan penghantaran percuma.
8# Bida barang sendiri.
Ramai penjual ebay yang anggap ini strategi bijak untuk naikkan harga. Mereka membida menggunakan akaun lain atau meminta sahabat atau keluarga membidanya. Akaun anda mungkin akan ditutup kalau pihak eBay tahu. Alangkah ruginya.
Hindari kesilapan ini:
Letak harga mula bida pada paras yang tidak merugikan anda atau gunakan harga rizab jika anda risau tidak dapat harga bida yang sepatutnya.
9# Tidak melayan pertanyaan atau aduan pelanggan.
Setiap pertanyaan pelanggan akan direkod oleh sistem ebay. Begitu juga dengan jawapan anda. Pelanggan baru yang ingin berurusan dengan anda akan menilai anda dengan reputasi buruk bila anda ‘buat tidak endah’ pertanyaan atau aduan pelanggan.
Tidak ada siapa yang ingin berurusan dengan penjual yang dianggap ‘buruk’ sikapnya.
Hindari kesilapan ini:
Sentiasa semak emel yang digunakan untuk akaun ebay. Jawab dengan cepat setiap emel pelanggan dengan bahasa yang sebaiknya. Tanyakan apa yang anda boleh bantu dan bantulah dengn ikhlas.
Bantuan anda yang cepat akan mengekalkan pelanggan lama dan menarik pelanggan baru.
10# Tidak menggunakan alat-alat yang perlu.
Terdapat banyak alat yang boleh diguna untuk mengembangkan bisnes ebay. Daripada tools dan software, panduan dan sebagainya. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Memang merugikan bila semua ini tidak digunakan sewajarnya.
Hindari kesilapan ini:
Gunakan apa sahaja yang perlu untuk mengembangkan bisnes ebay seperti selling manager, listing analytics, Terapeak, ebay stores, turbo lister dan lain-lain.
= = =
Tidak semua penjual baru ebay melakukan kesilapan ini. Tetapi jika ada melakukannya, 10 perkara inilah yang paling banyak dilakukan.
Sumber# terjemahan bebas dan ditulis semula dari rencana tulisan Aron Hsiao, penulis dan pengiat ebay luar negara.
Sebarkan artikel ini pada kawan-kawan…