Bagi mereka yang buat bisnes air balang tepi jalan, boleh amalkan tip di bawah ini supaya air balang mereka laris terjual!
Tip ini hasil temuramah dengan beberapa orang penjual air balang. Jadi tip ini sudah terbukti berkesan.
Tip ini juga sebenarnya amat berkesan kepada pengusaha bisnes gerai tepi jalan yang lain seperti penjual burger, aiskrim, kuih muih, pisang goreng, nasi lemak dan bisnes lainya.
9 tip berkesan supaya jualan bisnes air balang laku keras!
Tips #1: PASTIKAN JALANNYA 2 HALA!
Elak berniaga di tepi jalan sehala.
Jalan sehala ini maksudnya; jalan yang ada penghadang (divider) ditengah-tengah jalan. Sebolehnya jangan berniaga di tepi jalan seperti ini.
Sebabnya; pemandu selalunya akan memandu laju di jalan ini. Mereka sukar atau memang tidak mahu berhentikan kenderaan untuk singgah membeli. Pelanggan anda hanya mereka yang lalu lalang.
Itu pun tidak ramai sebenarnya yang lalu lalang di jalan sebegini, kerana mereka tidak boleh melintas!
Di jalan 2 hala, terutama di kawasan perumahan atau jalan kecil satu lorong, orang memandu perlahan. Jadi mereka mudah berhentikan kenderaan dan singgah di gerai anda. Lebih lagi gerai yang cantik desain promosinya.
Tips #2: PACAK GERAI DI SEBELAH JALAN SEPATUTNYA
Arah mana orang pergi kerja dan balik kerja?
Jika berniaga sejak awal pagi dan mula tutup bila petang, berniagalah di sebelah jalan orang pergi kerja. Bila berniaga petang hingga malam, buka gerai di sebelah arah orang balik kerja.
Barulah orang senang singgah. Tidaklah mereka terpaksa u-turn untuk singgah.
Tips #3: ADA RUANG KERETA PARKING
Bila dapat gerai dekat kawasan kereta mudah parking, ini bonus! Bukanlah ruang parking besar. Kalau sekadar jalan lebar yang memudahkan kereta parking sekejap pun sudah memadai.
Tips #4: ELAK BERNIAGA SENDIRIAN
Silap bila peniaga menganggap, berniaga sendirian lebih untung kerana tiada saingan.
Hakikat sebenarnya, bila lagi banyak gerai, orang akan lebih tertarik untuk berhenti membeli. Kerana mereka boleh berbelanja macam-macam (beli sekaligus) dengan sekali berhenti sahaja.
Jadi jangan marah kalau ada orang pacak gerai di sebelah gerai kalian.
Tips #5: GANTUNG BANNER PROMOSI
Tidak cukup kalau peniaga hanya pacak payung dan letak meja. Kalian kena beritahu apa yang kalian jual!
Banner adalah antara benda penting untuk beritahu orang ramai tentang apa yang kalian jual.
Dari jauh lagi orang sudah tahu apa kalian jual dengan hanya melihat banner. Bila orang tahu, timbullah kemahuan untuk beli.
Tips #6: LAYAN PELANGGAN DENGAN PANTAS
Segera melayan pelanggan. Tetapkan masa yang sesuai pelanggan mendapat apa yang mereka minta. Contohnya jika pelanggan seorang, berapa saat dia mendapat air yang dimintanya,: 10 saat? 30 saat? Dan berapa saat jika pelanggan ramai.
Untuk menetapkan tempoh ini, peniaga terutamanya peniaga baru kena selalu praktik cara menceduk dan membungkus air. Supaya tidak terkial-kial nak ceduk dan ikat bungkusan air depan pelanggan.
Tips #7: WAJIB JUAL AIR MILO
Jangan lupakan pelanggan kanak-kanak. Mereka sukakan Milo. Air Milo sahaja yang mereka tahu dan mahu.
Rugilah kalau abaikan kanak-kanak ini. Orang tua kadang-kadang datang beli air untuk anak-anak sahaja. Bila sudah beli untuk anak-anak, tentu sekali mereka akan membeli untuk mereka sendiri. Tak kan nak berkongsi air Milo anak pula.
Tips #8: KONSISTEN BUKA
Pernah tidak kalian alami pengalaman, mahu membeli sesuatu tapi kedainya tidak buka. Tetapi bila tidak mahu membeli, kedainya buka pula. Memang menyampah dan sakit hati.
Jadi peniaga jangan buat perangai yang boleh menyakitkan hati dan membuatkan pelanggan menyampah. Buka kedai ikut suka hati. Hari ini buka, esok tutup. Lusa buka semula, tulat tutup. Sehari buka, sehari tutup.
Memang susahlah nak dapatkan pelanggan tetap kalau peniaga buat perangai macam tu!
Tips #9: KAWAL KERUGIAN DENGAN MODAL 1/3 | 1/4
Pastikan modal untuk buat satu balang air hanya 1/3 (atau ¼) sahaja dari hasil jualan.
Contoh: kos buat 1 balang air jambu ialah RM20. Bila habis terjual 1 balang, kalian boleh dapat RM80 (kos 1/4)
Cara ini akan membuatkan kalian tenang bila berniaga dan tidaklah terasa “down” sangat bila air tidak habis terjual. Sebab kalian sudah tahu yang kalian hanya perlu jual ¼ balang air sahaja untuk pastikan, sekurang-kurang balik modal untuk hari itu.
===
Itu serba sedikit tips yang boleh dikongsikan bila kalian ingin berniaga air balang di tepi jalan. Untuk ilmu dan tips yang lebih lagi, kalian boleh miliki Panduan Bisnes Air Balang di bawah: