Ebay adalah web e-commerce yang boleh kita gunakan untuk menjual produk. Sama seperti web Shopee atau Lazada atau laman web lain yang kita kenali.
Hanya perbezaannya, dengan Ebay kita boleh menjual di luar Malaysia dan mendapat untung dalam USD yang bila ditukarkan ke RM, kita akan mendapat pulangan untung yang lebih lumayan.
Walau tidak semeriah berjualan di Shopee atau Lazada, ramai juga rakyat Malaysia buat duit di Ebay. Cuma mereka buat senyap-senyap.
Anda yang berminat berjualan di Ebay dan menjana duit dalam USD mungkin akan bertanya….
“Bagaimana nak mula menjual di ebay?”
Artikel ini, InShaAllah dapat membantu anda faham dengan jelas…bagaimana nak mula buat bisnes di ebay.
PERKARA ASAS SEBELUM MULA BERNIAGA DI EBAY
Ada 5 perkara asas yang perlu anda buat untuk memulakan bisnes di ebay;
1 # KOMPUTER
Banyak kerja juga hendak dibuat bila berniaga di Ebay, jadi tidak sesuai menggunakan smartphone. Kita perlukan komputer.
Tidak kira komputer riba/laptop atau komputer meja. Boleh je mahal atau murah. Yang penting ada ruang simpanan dan memori yang cukup.
Gunakan browser Firefox atau Chrome kerana lebih stabil. Gunakan windows yang terkini. Windows sesuai kerana boleh buat banyak ‘multiple user windows’ untuk siapa yang ada banyak akaun ebay.
2 # INTERNET
Bisnes ebay adalah bisnes Internet, jadi kenalah ada talian Internet. Internet mesti talian sendiri bukan talian Internet public. Talian Internet awam/wifi, boleh berisiko tinggi untuk akaun ebay kita bercampur dengan akaun ebay orang lain dengan IP address yang sama.
Jangan ambil risiko guna talian Internet awam walau kita yakin yang hanya kita yang mengakses akaun ebay, tiada orang lain.
Begitu juga berhati-hati bila ada orang lain menggunakan komputer kita, dikhuatiri yang meminjam itu mendaftar akaun ebay menggunakan computer yang telah kita gunakan untuk mendaftar akaun ebay.
3 # KAD DEBIT / KAD KREDIT
Sebaik-baiknya elok gunakan kad yang mempunyai logo Visa. Elakkan kad yang menggunakan logo MasterCard. Sebelum ini banyak masalah timbul dari kad yang ada logo MasterCard.
Kad ini penting untuk mendaftar ‘bank digital’ paypal/payoneer, juga untuk membayar ‘yuran jualan’ di ebay bila produk kita terjual.
Setiap satu kad adalah untuk satu akaun ebay sahaja. Untuk buka akaun baru kena guna kad baru.
#Pastikan kad ini boleh membuat belian dan jualan antarabangsa. Hubungi pihak bank dan tanya cara-cara untuk: activation of international online purchase
4 # NO.TEL / SIMKAD
Kita perlu daftar no.tel di ebay dan paypal/payoneer. Kadang-kadang ebay dan paypal/payoneer akan hantar kod atau membuat panggilan untuk pengesahan diri. Ini adalah cara ebay dan paypal/payoneer untuk memastikan peniaga di ebay adalah ‘manusia’.
Setiap satu no.tel adalah untuk satu akaun ebay sahaja. Untuk buka akaun baru kena guna no.tel baru.
5 # MODAL PUSINGAN
Tiad kos yang dikeluarkan untuk pemasaran di ebay, ini kerana kita menggunakan trafik sedia ada di ebay.
Trafik di ebay sangat tinggi. Jika produk kita dilihat oleh 10 orang sahaja, kemungkinan produk itu akan terjual. Kerana orang yang berkunjung ke ebay memang dengan niat untuk membeli.
Bagaimanapun, kita perlu sediakan sedikit modal untuk bermula di ebay. Bezanya ia tidak sebanyak seperti menjual offline. Bagi akaun ebay yang baru, yang belum ada sejarah pernah menjual barang lagi di ebay, maka ebay akan ‘tahan’ dulu duit yang terhasil.
Jadi kita perlu keluarkan duit sendiri dulu untuk membayar kos produk.
APA YANG PERLU DIBUAT SETELAH ADA 5 PERKARA ASAS INI?
1 # BUKA AKAUN EMAIL
Kita perlukan email untuk daftar di ebay, juga untuk daftar paypal/payoneer. Setiap satu akaun ebay dan paypal/payoneer perlukan satu email yang tidak boleh diguna lagi untuk akaun ebay dan paypal/payoneer yang lain.
Elok guna Gmail walau boleh juga guna email yang lain. Elak guna akaun email syarikat tempat bekerja atau tempat belajar.
2 # DAFTAR AKAUN EBAY
Sudah ada email dan sudah ada No.Tel, maka bolehlah daftar di ebay. Email dan No.Tel ini sudah tidak boleh digunakan untuk akaun ebay yang lain. Jika mahu daftar akaun ebay baru (gunakan windows user lain) guna email baru dan No.Tel baru.
Daftar di ebay Malaysia, www.ebay.com.my.
Kalau mahu menjual di ebay USA atau negara lain, hanya buka ebay di negara terbabit dan LOG IN menggunakan username dan password yang kita daftar di ebay Malaysia.
Sebelum akaun kita diluluskan, ebay akan minta pengesahan diri. Selalunya ebay akan hantar kod atau dail kita untuk pengesahan diri. Pengesahan ini untuk memastikan yang kita bukan scammer.
3 # DAFTAR AKAUN BANK DIGITAL PAYPAL / PAYONEER
Wajib ada akaun ‘bank digital’ ini. Pembeli akan membayar produk yang mereka beli di ebay melalui bank digital ini. Dari bank digital ini, kita withdraw duit ke dalam bank tempatan.
Cukup hanya memilih akaun basic dulu. Ia boleh diupgrade di masa hadapan. Akaun basic ini sudah cukup untuk memulakan bisnes ebay dari rumah sahaja.
#Sekarang ebay menggunakan payoneer sebagai sistem bayaran.
4 # LINK AKAUN EBAY & PAYPAL / PAYONEER
Setelah mendaftar akaun ebay dan paypal/payoneer, anda perlu link kedua-dua ebay dan paypal/payoneer antara satu sama lain (sambungkan).
5 # VERIFY AKAUN PAYPAL / PAYONEER & UPDATE SELLER FEES [ create ebay seller account]
Akaun paypal ini perlu disahkan (verify). Ada 2 cara untuk sahkan akaun paypal ini:
1# Submit dokumen (kad kredit/debit) ke paypal. Paypal akan hantar kod pengesahan melalui akaun bank/kad
2# Paypal akan potong RM10 dari akaun bank masuk ke dalam akaun paypal anda.
Selepas selesai verify paypal, kita perlu create ebay seller di akaun ebay dengan cara update automatic ebay seller fees.
#Sekarang ebay mengunakan payoneer sebagai sistem bayaran.
= = =
Kita perlu lakukan semua perkara paling asas di atas dahulu sebelum mulakan bisnes di ebay.
Selain itu, masih ada yang perlu dipelajari, terutamanya mengenai:
1# Bagaimana mencari pembekal produk.
2# Bagaimana buat kajian produk ada yang menjadi permintaan.
3# Bagaimana mahu membuat iklan yang betul di ebay supaya produk mudah dan cepat terjual.
4# Dan banyak lagi…
Klik di sini >>… UNTUK BELAJAR BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES EBAY
===
BILA WAKTU TERBAIK UNTUK MULAKAN BISNES DI EBAY?
Sekaranglah! Bila lagi? Bila kita mulakan sekarang, 5-10 tahun akan datang kita tidak akan menyesal sebab telah memulakan langkah membina bisnes di ebay pada waktu sekarang.
Tujuan artikel ini bukan untuk mengaburi mata dengan Duit! Duit! Duit! Cuma ingin berkongsi dan memberi kesedaran… pentingnya kita memiliki bisnes sendiri.
Dengan gaji yang statistik, kos hidup yang tinggi, hutang yang perlu dibayar…mustahil untuk kita selesaikan kecuali jika kita mempunyai sumber pendapatan ke#2
Di bawah adalah salah satu akaun ebay saya. Ia memberikan pendapatan setiap bulan kepada saya. Walau tidak banyak tapi cukup untuk tampung kehidupan sebagai seorang pelajar.
Dan akaun ini cukup untuk membuktikan bisnes di ebay adalah real dan proven case study. Bisnes di ebay bukan cerita dan angan-angan kosong!
JIKA ADA MODAL, DI MANA PATUT DILABURKAN?
Jawapannya….labur pada diri sendiri, dengan cara menambah ilmu. Dengan ilmu itu, skill diri dan ilmu pengetahuan meningkat. Skill dan ilmu ini akan ‘menarik’ duit!
Sesiapa pun boleh melakukannya. Mulakan bisnes online ebay sekarang!
Harap artikel ini dapat membuka minda dan memberikan inspirasi untuk sesiapa sahaja untukj menambah pendapatan.
Jika mahu belajar bagaimana hendak hasilkan duit online secara separuh masa atau sepenuh masa dengan modal yang sangat-sangat rendah. Ebay adalah jawapannya.
Klik di sini: >>> BEBERAPA PAKEJ PEMBELAJARAN EBAY YANG BOLEH DIPILIH
p.s/ Jika anda rasa ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan USD yang bakal diperolehi dari ilmu ebay yang anda dapat daripada ebook ini. Bayangkan juga jumlah RM selepas ditukar dari USD. Income anda mungkin berganda daripada nilai pelaburan ini.
===
Kredit: Dr Zul Ariffin
#Ada beberapa perubahan dalam ebay seperti sistem pembayaran yang bertukar dari paypal ke payoneer. Asas lainnya adalah sama. Dapat pakej pembelajaran ebay versi terbaru melalui link di atas.