Bukan setakat air soya, saya boleh bagi 20 RESEPI AIR BALANG termasuk resepi AIR HOT masa kini iaitu JUS DURIAN BELANDA, JUS KEDONDONG ASAM BOI, TEH AIS VIRAL dan AIR LEMON SODA @ JUS DETOX
Saya juga akan tunjukkan cara untuk anda mulakan Bisnes Air Balang di bazar Ramadan. Kalau nak teruskan bisnes air balang ni selepas Ramadan pun boleh. Jadikan bisnes tetap.
Semua tu berdasarkan pengalaman saya sendiri buat bisnes air balang sejak tahun 2008.
So, anda taklah terkapai-kapai tak tahu waktu nak mula berniaga. Impian dan cita-cita nak berniaga air balang tu dah ada, jadi jangan biarkan impian tu terkubur OK!
Tapi… kenapa nak jual air soya je? Sudah alang-alang nak buat bisnes air balang, saya cadangkan jual paling kurang 3 jenis air balang.
2 jenis air balang tu pastikan air yang tengah ‘hot’, yang sangat laris sekarang ni seperti Jus Durian Belanda dan Teh Ais Viral atau Jus Kedondong Asam Boi.
Yang ke 3 tu barulah air soya. Air soya ni, modalnya sikit tapi untung besar giler!
Semua resepi air balang terlaris ni ada dalam ebook saya. Tapi kena ingatlah, bulan tak jatuh atas riba kalau setakat baca je ebook ni. Lepas baca kena ambil tindakan. Kena TAKE ACTION!
Kena terus rangka ‘plan strategi’ untuk Ramadan nanti. Ramadan dah dekat. Dah boleh pecut 100 meter sekarang ni!
Tengok dulu ‘preview’ ebook tersebut dengan klik link di bawah:
Lepas tu, kalau berminat, boleh ‘sambar’ terus! Ebook ni kalau ada tambahan bonus atau ‘dinaik taraf’ di masa depan, harganya mungkin dinaikkan.
Kalau memang sudah berminat nak buat bisnes air balang, dapatkan cepat ebook ni sebelum harga bertambah mahal.
Semoga berjaya. Good luck!
–
– Paling tidak pun, tolong ‘tag’ atau ‘share’ pada kawan-kawan yang anda kenal. Mana tau member anda tu nak cari duit raya dengan bisnes air balang di bazar ramadan.
* * * Air yang ‘PALING SOLD OUT’ di bazar ramadan, biasanya adalah JUS KEDONDONG ASAM BOI dan JUS DURIAN BELANDA. Jual 2 jenis air ni, confirm balik awal!!!
Entah kenapa…
.
# orang bertanya dan Mizan Sulaiman (penulis ebook terlaris Bisnes Air Balang) menjawab.
Ada 9 tips yang boleh diamalkan oleh mereka yang ingin
menjual air balang tepi jalan. Supaya jualan bisnes air balang mereka laku
keras!
9 tips menjual air balang tepi jalan ini bukan teori, tapi
hasil temuramah dengan beberapa orang penjual air tepi jalan. Jadi 9 tips ini
sudah terbukti berkesan.
Dan ia bukan hanya berkesan kepada penjual air balang tepi
jalan sahaja, 9 tips ini juga boleh dipakai kepada mereka yang menjual burger,
aiskrim, kuih, goreng pisang, nasi lemak dan apa sahaja di tepi jalan.
9 Tips Yang Berkesan Supaya Jualan Bisnes Air Balang Laku
Keras!!!
Tips #1: PASTIKAN JALANNYA 2 HALA!
Elak berniaga di tepi jalan sehala.
Jalan sehala ini maksudnya; jalan yang ada penghadang
(divider) ditengah-tengah jalan. Jangan berniaga di sebelah sini atau sebelah
jalan sana.
Sebabnya; pemandu selalunya akan memandu laju di jalan ini.
Mereka sukar atau memang tidak mahu berhentikan kenderaan untuk singgah
membeli. Pelanggan anda hanya mereka yang lalu lalang.
Itu pun tidak ramai sebenarnya yang lalu lalang di jalan
sebegini, kerana mereka tidak boleh melintas!
Di jalan 2 hala, terutama di kawasan perumahan atau jalan
kecil satu lorong, orang memandu perlahan. Jadi mereka mudah berhentikan
kenderaan dan singgah di gerai anda. Lebih lagi gerai yang cantik desain
promosinya.
Tips #2: PACAK GERAI DI SEBELAH JALAN SEPATUTNYA
Arah mana orang pergi kerja dan balik kerja?
Jika berniaga sejak awal pagi dan mula tutup bila petang,
berniagalah di sebelah jalan orang pergi kerja. Bila lebih berniaga petang
hingga malam, buka gerai di sebelah arah orang balik kerja.
Barulah orang senang singgah. Tidaklah mereka terpaksa u-turn
untuk singgah.
Tips #3: ADA RUANG KERETA PARKING
Bila dapat gerai dekat kawasan kereta mudah parking, ini
bonus! Bukanlah ruang parking besar, kalau sekadar jalan lebar yang memudahkan
kereta parking sekejap pun sudah memadai.
Tips #4: ELAK BERNIAGA SENDIRIAN
Silap bila peniaga menganggap, berniaga sendirian lebih
untung kerana tiada saingan.
Hakikat sebenar, lagi banyak gerai lebih tertarik orang untuk
berhenti membeli. Kerana mereka boleh berbelanja macam-macam (beli sekaligus)
dengan sekali berhenti sahaja.
Jadi jangan marah kalau ada orang pacak gerai di sebelah
gerai kalian. Cuma pastikan orang tu, berniaga produk lain. Bukan sama jenis produk dengan kalian.
Tips #5: GANTUNG BANNER PROMOSI
Tidak cukup kalau peniaga hanya pacak payung dan letak meja.
Kalian kena beritahu apa yang kalian jual!
Banner adalah antara benda penting untuk beritahu orang ramai
tentang apa yang kalian jual.
Dari jauh lagi orang sudah tahu apa kalian jual dengan hanya
melihat banner. Bila orang tahu, timbullah kemahuan untuk beli.
Tips #6: LAYAN PELANGGAN DENGAN PANTAS
Segera melayan pelanggan. Tetapkan masa yang sesuai pelanggan
mendapat apa yang mereka minta. Contohnya jika pelanggan seorang, berapa saat
dia mendapat air yang dimintanya,: 10 saat? 30 saat? Dan berapa saat jika
pelanggan ramai.
Untuk menetapkan tempoh ini, peniaga terutamanya peniaga baru
kena selalu praktik cara menceduk dan membungkus air. Supaya tidak terkial-kial
nak ceduk dan ikat bungkusan air depan pelanggan.
Tips #7: WAJIB JUAL AIR MILO
Jangan lupakan pelanggan kanak-kanak. Mereka sukakan Milo. Air
Milo sahaja yang mereka tahu dan mahu.
Rugilah kalau abaikan kanak-kanak ini. Orang tua kadang-kadang datang beli air untuk anak-anak sahaja. Bila sudah beli untuk anak-anak, tentu sekali mereka akan membeli untuk mereka sendiri. Tak kan nak berkongsi air Milo anak pula.
Tips #8: KONSISTEN BUKA
Pernah tidak kalian alami pengalaman, mahu membeli sesuatu
tapi kedainya tidak buka. Tetapi bila tidak mahu membeli, kedainya buka pula. Memang
menyampah dan sakit hati.
Jadi peniaga jangan buat perangai yang boleh menyakitkan hati
dan membuatkan pelanggan menyampah. Buka kedai ikut suka hati. Hari ini buka,
esok tutup. Lusa buka semula, tulat tutup. Sehari buka, sehari tutup.
Memang susahlah nak dapatkan pelanggan tetap kalau peniaga
buat perangai macam tu!
Tips #9: KAWAL KERUGIAN DENGAN MODAL 1/3 | 1/4
Pastikan modal untuk buat satu balang air hanya 1/3 (atau ¼) sahaja
dari hasil jualan.
Contoh: kos buat 1 balang air jambu ialah RM20. Bila habis
terjual 1 balang, kalian boleh dapat RM80 (kos 1/4)
Cara ini akan membuatkan kalian tenang bila berniaga dan
tidaklah terasa “down” sangat bila air tidak habis terjual terutama bila cuaca
sejuk. Sebab kalian sudah tahu yang kalian hanya perlu jual ¼ balang air sahaja
untuk pastikan, sekurang-kurang balik modal untuk hari itu.
===
Itu serba sedikit tips yang boleh dikongsikan bila kalian ingin berniaga air balang di tepi jalan. Untuk ilmu dan tips yang lebih lagi, kalian boleh miliki Panduan Bisnes Air Balang di bawah: