Ikut 7 Langkah Ini Sebelum Mulakan Bisnes Burger Dan Jana RM 4-5 Angka Sebulan!!!

Dulu burger hanya boleh dibeli di pasar malam sahaja. Kalau nak makan burger kenalah tunggu bila pasar malam ada.

Sekarang gerai burger ada merata tempat. Bukan hanya gerai, kedai makanan tetap yang menjual burger, bagai tumbuh macam cendawan. Tetapi saya kekal sukakan burger di gerai sahaja. Sedap dan murah.

Berbanding 20-30 tahun dulu, rakyat Malaysia sekarang suka burger. Terutamanya generasi muda. Kesukaan ini membawa maksud, bisnes burger memang ada potensi memberikan keuntungan besar.

Jadi jika kalian mahu masuk ke dalam bisnes burger ini, jangan masuk semberono sahaja. Ikuti langkah sepatutnya.

Berikut ada 7 langkah yang kalian perlu beri perhatian sebelum memulakan bisnes burger, supaya langkah kalian boleh dikatakan langkah kanan!

7 langkah memulakan Bisnes Burger

LANGKAH 1 # Tetapkan konsep bisnes.

Mahu berniaga di gerai tepi jalan? Berniaga di pasar malam? Atau sewa food court? Atau buka restoren burger?

Untuk permulaan, elok berniaga di gerai dulu. Sama ada gerai tetap tepi jalan atau gerai pasar malam. Kumpul pengalaman dan kumpul duit.

LANGKAH 2 # Buat kajian pemasaran sikit.

Biasanya orang berniaga burger macam berniaga tomyam. Mula lepas tengahari sampai tengah malam.

Tapi kalau nak mula pagi, apa salahnya kan? Sebab ada mereka yang makan burger sebagai makanan tengahari.

Jadi kalau boleh, pacak gerai burger berdekatan dengan gerai tomyam. Kalau tempat berniaga jenis ‘mati’ pada waktu malam, nanti duduk termenung saja di gerai menunggu pelanggan.

LANGKAH 3 # Sekarang kaji siapa pelanggan pula.

Kajian pelanggan ni sebenarnya, berkait rapat dengan lokasi juga.

Peminat burger meliputi semua golongan masyarakat. Namun yang ramai adalah pekerja kolar biru. Jadi kalau buka gerai di kawasan rumah elit, agak-agak ramai atau tidak pelanggan?

LANGKAH 4 # Buat list sumber.

Buat list bertulis, bukan main congak dalam kepala.

Dari mana sumber kewangan untuk beli peralatan. Apa perlu beli dulu, apa yang kemudian. Di mana kedai alatan untuk beli alatan berniaga. Di mana kedai atau pasar berdekatan untuk beli bahan mentah dengan harga terbaik.

Buat juga list kekuatan, kelemahan cabaran dan sebagainya. Apa strategi yang boleh dibuat bila ada McDonald berdekatan. Bagaimana tindakan untuk memudahkan kerja, bila kedai atau pasar menjual bahan mentah agak jauh dari tempat berniaga.

Dan sebagainya.

LANGKAH 5 # Gunakan langkah 1-4 untuk tulis RancanganPerniagaan – RP

Mesti tulis RP dengan lengkap. Walau berniaga gerai, perlu juga ada Rancangan Perniagaan. RP atau kertas kerja ini adalah langkah berfikir besar untuk perniagaan masa hadapan.

Bila tidak dapat buat sendiri RP ini, upah mereka yang berkelayakan. Masukkan upah buat RP ini sebagai modal berniaga.

Yang paling penting dalam RP ini adalah rancangan kewangan yang detail. Sediakan buku kira-kira untuk catat duit masuk dan keluar sejak mula merancang lagi. Bukan sudah berniaga baru  mahu buat akaun keluar masuk duit.

LANGKAH 6 # Ambil tindakan untuk mulakan bisnes.

Daftarkan perniagaan burger! Dan minta lesen dari Majlis Bandaran Tempatan. Walau berniaga gerai, tetap perlu daftar bisnes dan minta lesen tapak niaga. Daftar bisnes dan lesen tapak ini adalah langkah awal untuk pergi kepada bisnes yang lebih besar!

Siapkan gerai dan beli barang-barang yang diperlukan. Bermula dengan gerai ini tidak rumit sangat berbanding bila buka restoran.

LANGKAH 7 # Mulakan pemasaran (marketing).

Buat hebahan online di wall facebook. Buka satu page khusus untuk bisnes ini. Sertai group bisnes di facebook dan whatsapp. Elok juga kalau bina satu blog untuk bisnes burger ini. Selain memuat naik status di facebook, catat perkembangan bisnes di blog.

Dan lain-lain cara marketing. Buat banner. Edarkan risalah. Bisnes perlukan pemasaran. Pelanggan perlu dicari bukan ditunggu. Beritahu pelanggan yang kalian menjual burger melalui pelbagai kaedah pemasaran.

= = =

Bagaimana? Mudahkan untuk mulakan bisnes burger.

Jika kalian masih rasa susah untuk memulakan bisnes ini, namun masih berminat dengan potensi bisnes burger ini….

Apa kata kalian miliki Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Burger yang ditulis oleh anak kepada Jutawan Senyap Malaysia ini.

Ini panduan praktikal kerana penulis adalah peniaga burger selama bertahun-tahun di pasar malam yang mampu memberi pulangan ribuan ringgit sebulan.

KLIK DI SINI UNTUK MEMILIKI PANDUAN PALING LENGKAP MEMULAKAN BISNES BURGER UNTUK JANA PENDAPATAN LUMAYAN 4-5 ANGKA SEBULAN.

2 thoughts on “Ikut 7 Langkah Ini Sebelum Mulakan Bisnes Burger Dan Jana RM 4-5 Angka Sebulan!!!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge