Ada Resepi Air Soya Tak Tuan? Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni, Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La….

Mestilah ada!

Bukan setakat air soya, saya boleh bagi 20 RESEPI AIR BALANG termasuk resepi AIR HOT masa kini iaitu JUS DURIAN BELANDA, JUS KEDONDONG ASAM BOI, TEH AIS VIRAL dan AIR LEMON SODA @ JUS DETOX

Saya juga akan tunjukkan cara untuk anda mulakan Bisnes Air Balang di bazar Ramadan. Kalau nak teruskan bisnes air balang ni selepas Ramadan pun boleh. Jadikan bisnes tetap.

Semua tu berdasarkan pengalaman saya sendiri buat bisnes air balang sejak tahun 2008.

So, anda taklah terkapai-kapai tak tahu waktu nak mula berniaga. Impian dan cita-cita nak berniaga air balang tu dah ada, jadi jangan biarkan impian tu terkubur OK!

Tapi… kenapa nak jual air soya je? Sudah alang-alang nak buat bisnes air balang, saya cadangkan jual paling kurang 3 jenis air balang.

2 jenis air balang tu pastikan air yang tengah ‘hot’, yang sangat laris sekarang ni seperti Jus Durian Belanda dan Teh Ais Viral atau Jus Kedondong Asam Boi.

PANDUAN BISNES AIR BALANG BULAN RAMADAN

Yang ke 3 tu barulah air soya. Air soya ni, modalnya sikit tapi untung besar giler!

Semua resepi air balang terlaris ni ada dalam ebook saya. Tapi kena ingatlah, bulan tak jatuh atas riba kalau setakat baca je ebook ni. Lepas baca kena ambil tindakan. Kena TAKE ACTION!

Kena terus rangka ‘plan strategi’ untuk Ramadan nanti. Ramadan dah dekat. Dah boleh pecut 100 meter sekarang ni!

Tengok dulu ‘preview’ ebook tersebut dengan klik link di bawah:

[+] PREVIEW EBOOK BISNES AIR BALANG

Lepas tu, kalau berminat, boleh ‘sambar’ terus! Ebook ni kalau ada tambahan bonus atau ‘dinaik taraf’ di masa depan, harganya mungkin dinaikkan.

Kalau memang sudah berminat nak buat bisnes air balang, dapatkan cepat ebook ni sebelum harga bertambah mahal.

Semoga berjaya. Good luck!

– Paling tidak pun, tolong ‘tag’ atau ‘share’ pada kawan-kawan yang anda kenal. Mana tau member anda tu nak cari duit raya dengan bisnes air balang di bazar ramadan.

* * * Air yang ‘PALING SOLD OUT’ di bazar ramadan, biasanya adalah JUS KEDONDONG ASAM BOI dan JUS DURIAN BELANDA. Jual 2 jenis air ni, confirm balik awal!!!

Entah kenapa…

.

# orang bertanya dan Mizan Sulaiman (penulis ebook terlaris Bisnes Air Balang) menjawab.

9 Tip Meningkatkan Keuntungan Bisnes Burger Tepi Jalan Hingga 5 Angka Sebulan

Bisnes burger tepi jalan (bisnes burger jalanan) ada kelebihan tersendiri berbanding perniagaan burger jenama antarabangsa di dalam Mall atau premis canggih rumah kedai.

Kelebihan besarnya berkaitan kos operasi yang tidak tinggi namun berpotensi mendapat untung yang tinggi.

Kos sewa mungkin tiada langsung! Kalau ada, sangat rendah. Staff pula tidak perlu ramai. Yang lebih sikit mungkin kos bahan mentah.

Berbanding di dalam Mall yang sesekali sahaja ramai pengunjung, mereka yang lalu lalang di jalanan semestinya ramai!

Kiranya pemilik bisnes burger jalanan pandai mempromosikan bisnesnya, pasti ramai pelanggan yang singgah membeli burger hingga mungkin tidak terlayan.

Ada 8 cara yang boleh pemilik bisnes burger jalanan lakukan sebagai cara mempromosikan bisnes burgernya itu:

tip tingkatkan jualan burger
Gambar Google

1# Mesti Ada Kad Bisnes.

Sesiapa pun yang ada bisnes, mesti ada kad bisnes. Jangan ingat bisnes besar je mesti ada kad bisnes. Bisnes kecil pun patut ada.

Yang penting tercatat lokasi bisnes dan No.HP. Dan tulisan besar… BOLEH BOOKING BURGER MELALUI PHONE!

2# Buat Kad Ahli

Bisnes burger jalanan pun boleh buat kad ahli macam Kad Keahlian SOGO atau Kad Ahli Mydin.

Atau buat Kad Pembelian. Setiap kali pelanggan beli burger, peniaga perlu cop (buat cop kecil) kad. Pada pembelian ke5, ke10, ke15 dan seterusnya beri diskaun separuh harga.

Atau apa-apa pemberian yang menarik sebagai menghargai pelanggan tetap ini.

3# Burger Paling Mahal + Hadiah!

Tambah ‘pemberian hadiah’ untuk belian burger special paling mahal yang dijual. Sebotol air minuman sudah memadai. Air minuman ini boleh beli borong pada harga murah.

Tidak rugi apa-apa pemberian air minuman percuma ini. Yang penting hati pelanggan dapat ‘ditawan’.

4# Tambah Sos Istimewa.

Cipta sos istimewa yang boleh menjadi ‘trademark rasa’ untuk burger yang kita jual. Masak sendiri. Cari resepinya dalam buku resepi, google atau  minta resepi  dari keluarga.

Mungkin ianya sejenis sambal!

Sos atau sambal ini akan membuatkan rasa burger kita lain dari yang lain. Tiada rasa seumpamanya kecuali burger yang kita jual.

5# Buat SOP Kerja

McD atau jenama burger lainya mempuyai SOP kerja yang khusus dalam pengeluaran dan penjualan burger mereka. SOP ini memastikan bentuk, isi dan rasa burger serta masa yang diambil untuk menyiapkan burger itu sama sahaja walau siapa pun staff yang buat kerja.

Bisnes burger jalanan pun patut ada SOP ini. Jadi tidak akan timbul isu di mana pelanggan, mahukan burger yang dibuat oleh boss sahaja atau satu-satu staff sahaja. SOP akan memastikan burger yang dibuat oleh boss atau mana-mana staff adalah sama sahaja.

SOP juga untuk memastikan burger yang dibuat adalah ‘burger yang sama’ sejak mula bisnes sampai bila-bila selagi berbisnes burger.

6# Berikan Cenderahati

Cenderahati atau hadiah ini tidak sama dengan +hadiah belian burger paling mahal.

Mungkin sesekali terutama pada perayaan atau peristiwa tertentu seperti hari jadi boss, beri offer kepada pelanggan, ‘beli satu percuma satu’ dan sebagainya yang difikirkan patut.

Cenderahati ini adalah tambahan kepada +hadiah sebagai menghargai pelanggan dan sebagai cara memikat hati mereka untuk kekal sebagai pelanggan tetap.

7# Buat Risalah Penerangan

Buat pengiklanan secara offline melalui pengedaran risalah atau flyers. Edarkan sekitar 5-7 kilometer lingkungan kawasan kita berniaga.

Elakkan meletak flyers ini dalam raga motor atau di pengelap kereta. Hampir kesemua pemilik kenderaan akan menganggap flyers pada kenderaan mereka adalah ‘sampah!’

Buat 3 cara sahaja. Letak pada peti surat rumah, letak pada peti surat pejabat dan bagi kepada ‘tangan’ orang.

8# Promosi Melalui Online

Jangan lupakan media sosial. Cipta satu facebook page khusus untuk bisnes burger ini. Begitu juga Instagram. Jangan gunakan yang peribadi.

Muat naik gambar dan tulis aktiviti menarik seputar bisnes burger jalanan.

Kalau perlu belajar penggunaan media sosial ini untuk bisnes, pergilah belajar. Laburkan sedikit duit untuk belajar, sama ada belajar di seminar atau melalui ebook.

Jika ada kemahiran menulis yang baik, binalah satu blog untuk bisnes burger jalanan ini. Impaknya mungkin lebih.

9# Tambah ilmu

Ini juga penting. Ilmu perniagaan, terutama ilmu berkait dengan perniagaan burger perlu ditambah dari masa ke semasa. Idea-idea semasa untuk meningkatkan bisnes perlu digali, terutama yang berkaitan pemasaran.

Penambahbaikan bisnes dari masa ke semasa perlu dilakukan. Ilmu perniagaan bisnes burger yang dikumpulkan dalam sebuah ebook oleh Tuan Afiq, anak kepada Jutawan Senyap Dato’ Rusly boleh dijadikan panduan.

Bisnes burger jalanan, bila diuruskan seperti yang sepatutnya dengan ilmu yang betul dan cara pemasaran yang mengikut trend semasa, boleh mengalahkan bisnes burger di mall-mall besar.

= = =

Rujukan lain yang berkaitan:

>>> PANDUAN BERNIAGA DI FACEBOOK GUNA FANPAGE <<<

Gaji Penjual Burger Tepi Jalan RM10,000 Sebulan!

Wow! Betul ke? Pendapatan penjual burger boleh cecah RM10k sebulan?

Pengurus Premis Makanan Segera Burger seperti McD pun gajinya tidak sampai RM10k. Jadi, memang ramai tidak percaya penjual burger tepi jalan mampu meraih RM10k sebulan.

Kalau bekerja sebagai pegawai kerajaan, gaji RM10k ini mungkin ketua pengarah apa-apa jabatan. Dan CEO atau ketua apa-apa projek bagi pihak swasta.

Dara-dara dan mak dara yang selalu beli burger dengan abang burger tepi jalan memang tidak akan percaya, abang burger yang tidak berapa ‘dipandang’ itu penuh poketnya dengan RM10k.

Bila datang beli burger tepi jalan, cuba sesekali tanyakan berapa purata jualan burger sehari dan kira dengan harga burger yang dijual.

Sesekali bila membeli burger tepi jalan, tanyakan berapa purata jualan mereka sehari dan kira dengan harga burger yang dijual.

Satu gerai burger di hadapan sebuah bangunan pejabat dapat menjual habis purata 200 biji burger sehari dengan harga RM3. Dulu harga ini mahal, kerana harga biasa adalah RM2.50 sahaja. Sekarang RM3 adalah harga biasa. Malah boleh dikatakan murah. Biasa harga murah sekarang adalah RM3.50.

Ini kiraan mudah.

Harga 1 burger daging – RM3.00

Kos burger +- = RM1.00

Untung = RM2.00

Jadi 200 biji x RM2 = RM400 sehari.

Kalau sebulan = RM400 x 30 = RM12000. Jadi 12 ribu bukan 10 ribu. Kalau gerai mereka di kawasan lebih ramai orang, bayangkan purata jumlah jualan mereka.

Jadi dara-dara tu, jangan pandang sebelah mata abang penjual burger. Mereka kelihatan selekeh tapi poket mereka tebal. Rugilah kalau singkirkan mereka sebagai calon suami.

Mak dara pula, jangan melarang kalau anak dara jatuh cinta dengan penjual burger. Mereka juga ‘layak’ jadi menantu.

“Orang lihat, bisnes burger macam tidak ada untung. Tetapi apa yang saya boleh cakap… cubalah berniaga,” kata Mior Asyraf Hizaq Zulkefli.

Siapa Mior Asyraf Hizaq Zulkefli ini? Cerita sensasinya mendapat RM12,000 sebulan dengan menjual burger memang memberi inspirasi.

Apa yang membuatkan seorang penjual burger mendapat RM10-12 ribu sebulan sedangkan yang lain hanya cukup-cukup makan sahaja?

Ada 3 perbezaan nyata yang boleh kita perhatikan pada penjual burger.

#1 Tahap masak daging

Memasak daging bukan sekadar letak daging atas kuali. Bolak balik dua tiga kali, sudah siap.

Daging yang tidak konsisten cara masaknya, hari ini kita beli dagingnya separuh masak. Besok pula terlebih garing. Selepas itu memang tidak akan datang beli lagi.

#2 Rasa tersendiri

Perasa yang biasa peniaga burger gunakan untuk memberi rasa pada daging adalah perasa jenama Maggi. Ada yang buat sendiri guna resepi rahsia sendiri.

Daging yang dibuat sendiri boleh ditambah rasa dengan rempah ratus pelbagai. Mahal sedikit tidak mengapa. Asalkan sedap, akan dicari dan dibeli berulang kali.

#3 Extra servis

Jualan burger yang boleh mencecah lebih RM10 ribu sebulan tentunya bukan burger biasa yang hanya roti dilapik daging, soscili, sedikit timun, bawang dan tomato. Itu pun sudah cukup baik, ada yang hanya daging dan sos sahaja.

Peniaga burger yang dapat menjual 200 burger sehari akan buat tambahan coleslaw, sos lada hitam, jeruk timun atau bawang goreng karemel dan salad. Mereka memberi lebih untuk pelanggan.

Perkara extra inilah yang tidak ramai peniaga burger membuatnya. Dan peniaga yang ikhlas memberi extra servis ini akan diserbu pelanggan. Tidak hairan jika jualan boleh mencapai 200 sehari.

Seperti kata Dato’ Chef Li, penulis buku Jutawan Senyap, faktor kecil sebegini sebenarnya memainkan peranan untuk menarik pelanggan. Beliau juga kerap sarankan, lebih baik buat daging burger kita sendiri. Yang boleh ditambah banyak extra di dalamnya. Lebih sedap. Lebih digemari pelanggan.

Beliau memiliki lebih 20 stall burger yang kini diuruskan oleh anak beliau. Dan tentunya ada bisnes yang lain.

Gambar Dari Google

Anak Dato’ Chef Li ini, iaitu Aqif ada buat satu panduan untuk mereka yang nak buka stall burger ini. Panduan ini padat dengan ilmu kerana mereka memang tidak lokek dengan ilmu.

Kalau berminat cara nak buat bisnes 5 angka dengan burger, sangat sarankan

DOWNLOAD PANDUAN BISNES BURGER DI SINI SEKARANG JUGA!

Klik link di atas. Panduan ini dalam bentuk ebook. Bonus resepi buat daging burger patty pun diberikan juga. Ada bonus lain.

Anda boleh cakap…nak buat bisnes burger pun kena berguru? Nak kena panduan tu panduan ni?

Apa anda cakap itu betul. Tapi alang-alang bisnes, biarlah bisnes yang betul-betul boleh mengkayakan kita. Bukan sekadar menambah duit poket sahaja.

Dalam Islam, kita dituntut untuk berguru. Mahu dunia perlukan ilmu. Mahu akhirat pun juga dengan ilmu. Ada beza hasil ilmu dengan berguru dan tanpa guru.

Antara beza yang nyata, bisnes tanpa guru hanya boleh menambah duit poket. Sedangkan bisnes dengan berguru boleh mengkayakan kita, boleh menjadikan kita jutawan!

Kalau serius mahu buat bisnes burger, tambah ilmu berkenaan bisnes burger ini.

DOWNLOAD DI SINI SEKARANG JUGA!

Tidak rugi dapatkan ilmu dari guru yang betul.

Panduan Lengkap Bisnes Aiskrim Yang Boleh Menjana RM5,000 Sebulan Secara Part-Time Di Hujung Minggu

Ya! Tahukah yang kalian boleh menjana ‘side-income’ setinggi RM5k sebulan hanya dengan menjalankan bisnes menjual aiskrim secara part-time di hujung minggu tanpa perlu berhenti kerja.

Saban tahun kehidupan semakin mencabar dari sudut ekonomi dan kos sara hidup. Pendapatan kurang, sedangkan keperluan hidup semakin banyak.

Kos hidup,baik makanan atau bukan makanan seperti yuran persekolahan anak, segala jenis bil, sewa rumah, harga minyak dan sebagainya semakin tinggi. Ia membebankan kehidupan.

Jika mengharapkan gaji kerja sedia ada, serius! Tidak akan cukup…. RM3000 ke bawah masih tidak cukup hidup di kota-kota terutama di Kuala Lumpur.

Namun kehidupan mesti diteruskan.

Rakyat Malaysia yang bijak tidak hanya mengeluh, sebaliknya sentiasa berfikir bagaimana cara nak selesaikan cabaran hidup ini. Salah satu caranya adalah menambah jumlah pendapatan.

Pendapatan tambahan ini mesti lah tidak mengganggu kerja utama yang memberikan pendapatan tetap bulanan.

Satu yang boleh saya syorkan ialah… kalian boleh mulakan Bisnes Aiskrim!

Bagusnya mulakan bisnes Aiskrim

Bisnes Aiskrim ini, antara salah satu sumber pendapatan sampingan yang:…

1# Modal memulakannya sangat kecil.

2# Tidak perlu mahir sangat untuk mulakan bisnes aiskrim.

3# Yang paling penting, ia tidak ganggu kerja sepenuh masa jika kalian sebagai seorang pekerja kerajaan atau swasta.

Siapa di sebalik bisnes aiskrim ini?

Siapa yang hebat menyembang tentang bisnes ni? Ada pengalaman ke? Betulkah bisnes aiskrim ni boleh memberikan pendapatan sampingan sehingga RM5k sebulan atau hanya retorik teori semata-mata?

Individu di sebalik bisnes aiskrim ini adalah Md Fadzirul Afiq.

Lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly. Beliau anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau Chef Li yang digelar ramai berdasarkan tajuk buku yang ditulis Chef Li…‘Jutawan Senyap”. Ramai orang kenal Chef Li ini.

Mempunyai Diploma Seni Kulinari serta ijazah dalam bidang Gastronomy. Sepanjang terlibat dalambidang kulinari ini, beliau telah berjaya melatih hampir 15,000 usahawan makanan melalui Kursus Masakan Dan Memproses Makanan Chef Li.

Kini beliau mengorak langkah dengan memperkenalkan Teknik Masakan Komersil iaitu teknik masakan khusus untuk perniagaan. Teknik masakan ini mengamalkan teknik masakan yang cepat, tepat dan jimat

Kenapa panduan bisnes aiskrim ini dikeluarkan dan kenapa menjadi pilihan

Sebelum ini beliau mengeluarkan ebook, “Rahsia Menjana RM10k Sebulan Dengan Bisnes Burger”. Sambutan untuk ebook ini menggalakkan. Bestseller sejak 2014.

Ramai yang berjaya dengan bisnes burger ini. Namun yang berjaya adalah mereka yang sepenuh masa. Mereka yang ingin part-time, ‘sukar’ sedikit dalam bisnes burger ini.

Kerana itu Panduan Memulakan Bisnes Aiskrim ini dikeluarkan sebagai alternatif kepada mereka yang ‘sukar’ memulakan bisnes burger atau bisnes lain secara part-time.

Ini sebabnya kenapa bisnes aiskrim menjadi pilihan:…

1# Tidak perlukan gerai tetap.

Bisnes aiskrim tidak perlukan gerai tetap. Boleh gunakan motor atau basikal (roda tiga). Bonet kereta pun boleh atau van. Sesuai untuk berniaga di hujung minggu sahaja. Kalau gerai tetap, tentulah tidak dapat menarik pelanggan kalau sentiasa ditutup dan dibuka hujung minggu sahaja.

Dengan motor, basikal dan lainnya, kalian boleh berpindah randah tempat niaga. Mudah bergerak dan sediakan tempat kalau mendapat tempahan majlis kenduri dan sebagainya.

2# Alatan berniaganya mudah.

Bisnes aiskrim hanya perlukan setong aiskrim dan sedikit peralatan seperti cawan/mangkuk kertas, penyeduk dan sebagainya.

Tidak seperti bisnes burger dengan pelbagai alatan terutama peralatan besar seperti  dapur memasak dan penyimpanan daging.

3# Bahan mentah kurang sedikit dan mudah diurus.

Bahan mentah membuat aiskrim tidak banyak. Sekali beli boleh guna keseluruhannya bergantung sebanyak mana aiskrim yang kita ingin buat. Jika berlebih boleh disimpan dalam peti ais dan diguna minggu depan.

Berbanding bahan menjual burger. Jika tidak habis minggu ini, mungkin sudah tidak boleh disimpan untuk digunakan minggu depan. Ini membazir.

Bukankah kita hanya berniaga part-time di hujung minggu sahaja?

4# Sesuai untuk wanita.

Kelihatan comel kalau wanita menjual aiskrim. Lebih lagi bila menjual kepada kanak-kanak yang memang sukakan aiskrim dan menjual kepada sesama wanita. Wanita juga sukakan aiskrim.

Kelihatan kasar kalau wanita menjual burger. Melayan peminat burger yang rata-ratanya lelaki. Parah! Kalau lelaki ini miang dan menggatal. Namun tidak salahnya jika wanita menjual burger.

5# Sesuai untuk lelaki.

Ya, sesuai untuk lelaki juga. Lelaki boleh ‘pergi jauh’ sikit dari rumah untuk menjual. Boleh ambil tempahan yang ‘berat’ sikit seperti di kenduri atau majlis keramaian yang lain.

6# Tidak perlukan kemahiran memasak.

Menjual aiskrim tidak perlukan skill memasak. Hanya perlu pandai menceduk aiskrim sahaja. Hendak membuat aiskrim juga tidak perlukan kemahiran memasak. Ikut resepi betul-betul ketika membancuh…. aiskrim sudah siap.

Menjual burger perlukan kemahiran. Jika tidak daging akan terlebih masak atau tidak masak. Jangan tidak tahu, ada orang yang hendak buka api dapur gas pun tidak pandai.

7# Bisnes yang tidak meletihkan.

Hendak kata tidak meletihkan langsung, tentulah mustahil. Namun ia tidaklah meletihkan sangat seperti bisnes burger.

Tidak banyak yang hendak dikemas bila sudah selesai berniaga aiskrim. Cuma hanya perlu basuh tong aiskrim sahaja. Faham-faham sajalah apa yang hendak dikemas bila sudah selesai berniaga burger. Mengemas lagi. Membasuh lagi. Banyak kerja.

8# Modal mula bisnes yang rendah.

Kerana bahan mentah dan alatan yang diguna untuk bisnes aiskrim ini sedikit, jadi modalnya tentulah rendah dan sikit berbanding bila mahu memulakan bisnes burger.

Kerana 8 sebab inilah, maka tidak hairan kenapa majoriti warga asing seperti Bangladesh, Myanmar dan Pakistan suka jual aiskrim walau tidak fasih sangat berbahasa Melayu.

Kita tidak boleh tengok sahaja dan biarkan peluang membuat duit melalui bisnes aiskrim ini ‘dirampas’ oleh bukan warganegara.

Tetapi mungkin kalian masih ada kemusykilan untuk memulakan bisnes aiskrim ini walau tahu kelebihannya.

>> Di mana nak dapatkan ilmu bisnes aiskrim ni. Tak akan nak buat dan redah jual macam tu sahaja. Mesti ada strategi jualannya. Tidaklah nanti letih sahaja yang dapat.

>>Aiskrim Malaysia tahulah buat. Macam mana nak buat aiskrim macam Baskin Robbins tu?

>>Betul-betul boleh buat untung ke sampai RM5k sebulan? Atau hanya penyedap telinga je? Macam mana nak menjual sampai boleh dapat RM5k tu?

Dan segala persoalan yang merungsingkan seperti; mesin apa nak guna, bagaimana proses membuatnya terjawab di dalam panduan khas ini;…

Memperkenalkan… Ebook Bisnes Aiskrim – “Panduan Jana RM5k Sebulan Secara Part-time DenganBisnes Aiskrim!” (KLIK!!!)

panduan memulakan bisnes aiskrim

Untuk lebih kefahaman, ini serba sedikit info bab dalam ebook ini;…

BAB#PENDAHULUAN Kalian perlu tahu potensi bisnes aiskrim ini. Supaya kalian nampak hala tuju bisnes aiskrim ini walau dibuat secara part-time.

BAB #1 Berapa modal yang diperlukan dan bagaimana mengira margin keuntungan. Siapa yang mahu berniaga tidak mahu untung kan?

BAB #2 Bab ini antara yang ‘mahal’ ilmunya kerana kalian akan mengetahui bagaimana nak buat untuk mendapatkan RM5k sebulan dengan bisnes aiskrim ni. Kalau memancing, ada lubuk ikannya. Begitulah, kalian perlu tahu lubuk menjual,  supaya aiskrim yang kalian jual laku keras.

BAB #3 Persiapan-persiapan yang kalian perlu tahu sebelum memulakan bisnes aiskrim. Apa peralatan yang diperlukan. Aiskrim kan cepat cair. Jadi ada persediaan tertentu yang perlu dibuat, supaya kalian tidak menjual aiskrim cair!

BAB #4 Mulakan proses membuat aiskrim. Apa resepinya. Bagaimana mahu proses buat aiskrim dirumah. Bukan di kilang tau! Dan juga bukan ambil dari supplier. Aiskrim ni kena buat sendiri. Bila buat sendiri, barulah boleh dapat margin untung yang tinggi.

BAB #5 Kalian perlu tahu berapa jenis aiskrim di Malaysia ni. Kenapa ada aiskrim murah, ada juga yang mahal. Peniaga aiskrim tidak tahu tentang aiskrim…teruk tu!

Sebenarnya, ramai yang telah memiliki panduan Bisnes aiskrim ini. Ini antara pendapat mereka tentang ebook ini…

Kalian boleh bersama mereka yang telah berjaya menjalankan Bisnes Aiskrim ini. Kalian boleh bisnes sepenuh masa atau part-time hanya di hujung minggu.

>>KLIK UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG BISNES AISKRIM INI <<

Ikut 7 Langkah Ini Sebelum Mulakan Bisnes Burger Dan Jana RM 4-5 Angka Sebulan!!!

Dulu burger hanya boleh dibeli di pasar malam sahaja. Kalau nak makan burger kenalah tunggu bila pasar malam ada.

Sekarang gerai burger ada merata tempat. Bukan hanya gerai, kedai makanan tetap yang menjual burger, bagai tumbuh macam cendawan. Tetapi saya kekal sukakan burger di gerai sahaja. Sedap dan murah.

Berbanding 20-30 tahun dulu, rakyat Malaysia sekarang suka burger. Terutamanya generasi muda. Kesukaan ini membawa maksud, bisnes burger memang ada potensi memberikan keuntungan besar.

Jadi jika kalian mahu masuk ke dalam bisnes burger ini, jangan masuk semberono sahaja. Ikuti langkah sepatutnya.

Berikut ada 7 langkah yang kalian perlu beri perhatian sebelum memulakan bisnes burger, supaya langkah kalian boleh dikatakan langkah kanan!

7 langkah memulakan Bisnes Burger

LANGKAH 1 # Tetapkan konsep bisnes.

Mahu berniaga di gerai tepi jalan? Berniaga di pasar malam? Atau sewa food court? Atau buka restoren burger?

Untuk permulaan, elok berniaga di gerai dulu. Sama ada gerai tetap tepi jalan atau gerai pasar malam. Kumpul pengalaman dan kumpul duit.

LANGKAH 2 # Buat kajian pemasaran sikit.

Biasanya orang berniaga burger macam berniaga tomyam. Mula lepas tengahari sampai tengah malam.

Tapi kalau nak mula pagi, apa salahnya kan? Sebab ada mereka yang makan burger sebagai makanan tengahari.

Jadi kalau boleh, pacak gerai burger berdekatan dengan gerai tomyam. Kalau tempat berniaga jenis ‘mati’ pada waktu malam, nanti duduk termenung saja di gerai menunggu pelanggan.

LANGKAH 3 # Sekarang kaji siapa pelanggan pula.

Kajian pelanggan ni sebenarnya, berkait rapat dengan lokasi juga.

Peminat burger meliputi semua golongan masyarakat. Namun yang ramai adalah pekerja kolar biru. Jadi kalau buka gerai di kawasan rumah elit, agak-agak ramai atau tidak pelanggan?

LANGKAH 4 # Buat list sumber.

Buat list bertulis, bukan main congak dalam kepala.

Dari mana sumber kewangan untuk beli peralatan. Apa perlu beli dulu, apa yang kemudian. Di mana kedai alatan untuk beli alatan berniaga. Di mana kedai atau pasar berdekatan untuk beli bahan mentah dengan harga terbaik.

Buat juga list kekuatan, kelemahan cabaran dan sebagainya. Apa strategi yang boleh dibuat bila ada McDonald berdekatan. Bagaimana tindakan untuk memudahkan kerja, bila kedai atau pasar menjual bahan mentah agak jauh dari tempat berniaga.

Dan sebagainya.

LANGKAH 5 # Gunakan langkah 1-4 untuk tulis RancanganPerniagaan – RP

Mesti tulis RP dengan lengkap. Walau berniaga gerai, perlu juga ada Rancangan Perniagaan. RP atau kertas kerja ini adalah langkah berfikir besar untuk perniagaan masa hadapan.

Bila tidak dapat buat sendiri RP ini, upah mereka yang berkelayakan. Masukkan upah buat RP ini sebagai modal berniaga.

Yang paling penting dalam RP ini adalah rancangan kewangan yang detail. Sediakan buku kira-kira untuk catat duit masuk dan keluar sejak mula merancang lagi. Bukan sudah berniaga baru  mahu buat akaun keluar masuk duit.

LANGKAH 6 # Ambil tindakan untuk mulakan bisnes.

Daftarkan perniagaan burger! Dan minta lesen dari Majlis Bandaran Tempatan. Walau berniaga gerai, tetap perlu daftar bisnes dan minta lesen tapak niaga. Daftar bisnes dan lesen tapak ini adalah langkah awal untuk pergi kepada bisnes yang lebih besar!

Siapkan gerai dan beli barang-barang yang diperlukan. Bermula dengan gerai ini tidak rumit sangat berbanding bila buka restoran.

LANGKAH 7 # Mulakan pemasaran (marketing).

Buat hebahan online di wall facebook. Buka satu page khusus untuk bisnes ini. Sertai group bisnes di facebook dan whatsapp. Elok juga kalau bina satu blog untuk bisnes burger ini. Selain memuat naik status di facebook, catat perkembangan bisnes di blog.

Dan lain-lain cara marketing. Buat banner. Edarkan risalah. Bisnes perlukan pemasaran. Pelanggan perlu dicari bukan ditunggu. Beritahu pelanggan yang kalian menjual burger melalui pelbagai kaedah pemasaran.

= = =

Bagaimana? Mudahkan untuk mulakan bisnes burger.

Jika kalian masih rasa susah untuk memulakan bisnes ini, namun masih berminat dengan potensi bisnes burger ini….

Apa kata kalian miliki Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Burger yang ditulis oleh anak kepada Jutawan Senyap Malaysia ini.

Ini panduan praktikal kerana penulis adalah peniaga burger selama bertahun-tahun di pasar malam yang mampu memberi pulangan ribuan ringgit sebulan.

KLIK DI SINI UNTUK MEMILIKI PANDUAN PALING LENGKAP MEMULAKAN BISNES BURGER UNTUK JANA PENDAPATAN LUMAYAN 4-5 ANGKA SEBULAN.

Gunakan 9 Tips Menjual Air Balang Di Tepi Jalan Ini Supaya Terlajak Laku!!!

Ada 9 tips yang boleh diamalkan oleh mereka yang ingin menjual air balang tepi jalan. Supaya jualan bisnes air balang mereka laku keras!

9 tips menjual air balang tepi jalan ini bukan teori, tapi hasil temuramah dengan beberapa orang penjual air tepi jalan. Jadi 9 tips ini sudah terbukti berkesan.

Dan ia bukan hanya berkesan kepada penjual air balang tepi jalan sahaja, 9 tips ini juga boleh dipakai kepada mereka yang menjual burger, aiskrim, kuih, goreng pisang, nasi lemak dan apa sahaja di tepi jalan.

9 Tips Yang Berkesan Supaya Jualan Bisnes Air Balang Laku Keras!!!

Tips #1: PASTIKAN JALANNYA 2 HALA!

Elak berniaga di tepi jalan sehala.

Jalan sehala ini maksudnya; jalan yang ada penghadang (divider) ditengah-tengah jalan. Jangan berniaga di sebelah sini atau sebelah jalan sana.

Sebabnya; pemandu selalunya akan memandu laju di jalan ini. Mereka sukar atau memang tidak mahu berhentikan kenderaan untuk singgah membeli. Pelanggan anda hanya mereka yang lalu lalang.

Itu pun tidak ramai sebenarnya yang lalu lalang di jalan sebegini, kerana mereka tidak boleh melintas!

Di jalan 2 hala, terutama di kawasan perumahan atau jalan kecil satu lorong, orang memandu perlahan. Jadi mereka mudah berhentikan kenderaan dan singgah di gerai anda. Lebih lagi gerai yang cantik desain promosinya.

Tips #2: PACAK GERAI DI SEBELAH JALAN SEPATUTNYA

Arah mana orang pergi kerja dan balik kerja?

Jika berniaga sejak awal pagi dan mula tutup bila petang, berniagalah di sebelah jalan orang pergi kerja. Bila lebih berniaga petang hingga malam, buka gerai di sebelah arah orang balik kerja.

Barulah orang senang singgah. Tidaklah mereka terpaksa u-turn untuk singgah.

Tips #3: ADA RUANG KERETA PARKING

Bila dapat gerai dekat kawasan kereta mudah parking, ini bonus! Bukanlah ruang parking besar, kalau sekadar jalan lebar yang memudahkan kereta parking sekejap pun sudah memadai.

Tips #4: ELAK BERNIAGA SENDIRIAN

Silap bila peniaga menganggap, berniaga sendirian lebih untung kerana tiada saingan.

Hakikat sebenar, lagi banyak gerai lebih tertarik orang untuk berhenti membeli. Kerana mereka boleh berbelanja macam-macam (beli sekaligus) dengan sekali berhenti sahaja.

Jadi jangan marah kalau ada orang pacak gerai di sebelah gerai kalian. Cuma pastikan orang tu, berniaga produk lain. Bukan  sama jenis produk dengan kalian.

Tips #5: GANTUNG BANNER PROMOSI

Tidak cukup kalau peniaga hanya pacak payung dan letak meja. Kalian kena beritahu apa yang kalian jual!

Banner adalah antara benda penting untuk beritahu orang ramai tentang apa yang kalian jual.

Dari jauh lagi orang sudah tahu apa kalian jual dengan hanya melihat banner. Bila orang tahu, timbullah kemahuan untuk beli.

Tips #6: LAYAN PELANGGAN DENGAN PANTAS

Segera melayan pelanggan. Tetapkan masa yang sesuai pelanggan mendapat apa yang mereka minta. Contohnya jika pelanggan seorang, berapa saat dia mendapat air yang dimintanya,: 10 saat? 30 saat? Dan berapa saat jika pelanggan ramai.

Untuk menetapkan tempoh ini, peniaga terutamanya peniaga baru kena selalu praktik cara menceduk dan membungkus air. Supaya tidak terkial-kial nak ceduk dan ikat bungkusan air depan pelanggan.

Tips #7: WAJIB JUAL AIR MILO

Jangan lupakan pelanggan kanak-kanak. Mereka sukakan Milo. Air Milo sahaja yang mereka tahu dan mahu.

Rugilah kalau abaikan kanak-kanak ini. Orang tua kadang-kadang datang beli air untuk anak-anak sahaja. Bila sudah beli untuk anak-anak, tentu sekali mereka akan membeli untuk mereka sendiri. Tak kan nak berkongsi air Milo anak pula.

rujukan panduan bisnes menjual air balang tepi jalan

Tips #8: KONSISTEN BUKA

Pernah tidak kalian alami pengalaman, mahu membeli sesuatu tapi kedainya tidak buka. Tetapi bila tidak mahu membeli, kedainya buka pula. Memang menyampah dan sakit hati.

Jadi peniaga jangan buat perangai yang boleh menyakitkan hati dan membuatkan pelanggan menyampah. Buka kedai ikut suka hati. Hari ini buka, esok tutup. Lusa buka semula, tulat tutup. Sehari buka, sehari tutup.

Memang susahlah nak dapatkan pelanggan tetap kalau peniaga buat perangai macam tu!

Tips #9: KAWAL KERUGIAN DENGAN MODAL 1/3 | 1/4

Pastikan modal untuk buat satu balang air hanya 1/3 (atau ¼) sahaja dari hasil jualan.

Contoh: kos buat 1 balang air jambu ialah RM20. Bila habis terjual 1 balang, kalian boleh dapat RM80 (kos 1/4)

Cara ini akan membuatkan kalian tenang bila berniaga dan tidaklah terasa “down” sangat bila air tidak habis terjual terutama bila cuaca sejuk. Sebab kalian sudah tahu yang kalian hanya perlu jual ¼ balang air sahaja untuk pastikan, sekurang-kurang balik modal untuk hari itu.

===

Itu serba sedikit tips yang boleh dikongsikan bila kalian ingin berniaga air balang di tepi jalan. Untuk ilmu dan tips yang lebih lagi, kalian boleh miliki Panduan Bisnes Air Balang di bawah: