9 Tip Meningkatkan Keuntungan Bisnes Burger Tepi Jalan Hingga 5 Angka Sebulan

Bisnes burger tepi jalan (bisnes burger jalanan) ada kelebihan tersendiri berbanding perniagaan burger jenama antarabangsa di dalam Mall atau premis canggih rumah kedai.

Kelebihan besarnya berkaitan kos operasi yang tidak tinggi namun berpotensi mendapat untung yang tinggi.

Kos sewa mungkin tiada langsung! Kalau ada, sangat rendah. Staff pula tidak perlu ramai. Yang lebih sikit mungkin kos bahan mentah.

Berbanding di dalam Mall yang sesekali sahaja ramai pengunjung, mereka yang lalu lalang di jalanan semestinya ramai!

Kiranya pemilik bisnes burger jalanan pandai mempromosikan bisnesnya, pasti ramai pelanggan yang singgah membeli burger hingga mungkin tidak terlayan.

Ada 8 cara yang boleh pemilik bisnes burger jalanan lakukan sebagai cara mempromosikan bisnes burgernya itu:

tip tingkatkan jualan burger
Gambar Google

1# Mesti Ada Kad Bisnes.

Sesiapa pun yang ada bisnes, mesti ada kad bisnes. Jangan ingat bisnes besar je mesti ada kad bisnes. Bisnes kecil pun patut ada.

Yang penting tercatat lokasi bisnes dan No.HP. Dan tulisan besar… BOLEH BOOKING BURGER MELALUI PHONE!

2# Buat Kad Ahli

Bisnes burger jalanan pun boleh buat kad ahli macam Kad Keahlian SOGO atau Kad Ahli Mydin.

Atau buat Kad Pembelian. Setiap kali pelanggan beli burger, peniaga perlu cop (buat cop kecil) kad. Pada pembelian ke5, ke10, ke15 dan seterusnya beri diskaun separuh harga.

Atau apa-apa pemberian yang menarik sebagai menghargai pelanggan tetap ini.

3# Burger Paling Mahal + Hadiah!

Tambah ‘pemberian hadiah’ untuk belian burger special paling mahal yang dijual. Sebotol air minuman sudah memadai. Air minuman ini boleh beli borong pada harga murah.

Tidak rugi apa-apa pemberian air minuman percuma ini. Yang penting hati pelanggan dapat ‘ditawan’.

4# Tambah Sos Istimewa.

Cipta sos istimewa yang boleh menjadi ‘trademark rasa’ untuk burger yang kita jual. Masak sendiri. Cari resepinya dalam buku resepi, google atau  minta resepi  dari keluarga.

Mungkin ianya sejenis sambal!

Sos atau sambal ini akan membuatkan rasa burger kita lain dari yang lain. Tiada rasa seumpamanya kecuali burger yang kita jual.

5# Buat SOP Kerja

McD atau jenama burger lainya mempuyai SOP kerja yang khusus dalam pengeluaran dan penjualan burger mereka. SOP ini memastikan bentuk, isi dan rasa burger serta masa yang diambil untuk menyiapkan burger itu sama sahaja walau siapa pun staff yang buat kerja.

Bisnes burger jalanan pun patut ada SOP ini. Jadi tidak akan timbul isu di mana pelanggan, mahukan burger yang dibuat oleh boss sahaja atau satu-satu staff sahaja. SOP akan memastikan burger yang dibuat oleh boss atau mana-mana staff adalah sama sahaja.

SOP juga untuk memastikan burger yang dibuat adalah ‘burger yang sama’ sejak mula bisnes sampai bila-bila selagi berbisnes burger.

6# Berikan Cenderahati

Cenderahati atau hadiah ini tidak sama dengan +hadiah belian burger paling mahal.

Mungkin sesekali terutama pada perayaan atau peristiwa tertentu seperti hari jadi boss, beri offer kepada pelanggan, ‘beli satu percuma satu’ dan sebagainya yang difikirkan patut.

Cenderahati ini adalah tambahan kepada +hadiah sebagai menghargai pelanggan dan sebagai cara memikat hati mereka untuk kekal sebagai pelanggan tetap.

7# Buat Risalah Penerangan

Buat pengiklanan secara offline melalui pengedaran risalah atau flyers. Edarkan sekitar 5-7 kilometer lingkungan kawasan kita berniaga.

Elakkan meletak flyers ini dalam raga motor atau di pengelap kereta. Hampir kesemua pemilik kenderaan akan menganggap flyers pada kenderaan mereka adalah ‘sampah!’

Buat 3 cara sahaja. Letak pada peti surat rumah, letak pada peti surat pejabat dan bagi kepada ‘tangan’ orang.

8# Promosi Melalui Online

Jangan lupakan media sosial. Cipta satu facebook page khusus untuk bisnes burger ini. Begitu juga Instagram. Jangan gunakan yang peribadi.

Muat naik gambar dan tulis aktiviti menarik seputar bisnes burger jalanan.

Kalau perlu belajar penggunaan media sosial ini untuk bisnes, pergilah belajar. Laburkan sedikit duit untuk belajar, sama ada belajar di seminar atau melalui ebook.

Jika ada kemahiran menulis yang baik, binalah satu blog untuk bisnes burger jalanan ini. Impaknya mungkin lebih.

9# Tambah ilmu

Ini juga penting. Ilmu perniagaan, terutama ilmu berkait dengan perniagaan burger perlu ditambah dari masa ke semasa. Idea-idea semasa untuk meningkatkan bisnes perlu digali, terutama yang berkaitan pemasaran.

Penambahbaikan bisnes dari masa ke semasa perlu dilakukan. Ilmu perniagaan bisnes burger yang dikumpulkan dalam sebuah ebook oleh Tuan Afiq, anak kepada Jutawan Senyap Dato’ Rusly boleh dijadikan panduan.

Bisnes burger jalanan, bila diuruskan seperti yang sepatutnya dengan ilmu yang betul dan cara pemasaran yang mengikut trend semasa, boleh mengalahkan bisnes burger di mall-mall besar.

= = =

Rujukan lain yang berkaitan:

>>> PANDUAN BERNIAGA DI FACEBOOK GUNA FANPAGE <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge