Tingkatkan Jualan Dengan 8 Cara Ini Bila Berniaga Online Di Shopee

Step by step untuk berniaga di Shopee ini kelihatannya mudah. Ada beberapa step sahaja yang perlu kita lakukan:

1 – Daftar atau buka akaun di Shopee

2 – Buka kedai.

3 – Masukkan maklumat produk.

4 – Uruskan tempahan atau belian daripada pelanggan.

5 – Pastikan pelanggan terima barang yang kita kirimkan.

6 – Tunggu pihak Shopee release bayaran.

7 – Ulang semula dari langkah No#3

Kalau ikut susunan di atas, seperti mudah sahaja untuk berniaga di Shopee.

Tapi kita harus jujur. Kita tidak boleh menolak hakikat yang setiap perniagaan ada cabarannya.

Apa cabaran berniaga di Shopee?

Persaingan dari peniaga lain yang terdapat di Shopee!

Peniaga di Shopee bukan hanya dari Malaysia. Peniaga dari oversea pun ada. Selalunya dari China! Di mana-mana pun, peniaga dari China ini ada. Di Lazada pun ada.

Mereka mampu tawarkan harga yang murah kepada pembeli. Dari segi sudut harga, mereka ini menang. Tapi masa penghantaran dari luar negara adalah lama. Ia mungkin mengambil masa dalam 2-3 minggu. Di sini mereka kalah.

Ramai pembeli di Malaysia tidak sanggup menunggu lama untuk mendapatkan produk yang mereka beli. Mereka sanggup bayar lebih sikit asalkan barang cepat sampai.

Ini antara cara untuk meningkatkan jualan. Proses dengan cepat pesanan pelanggan. Jangan biar pelanggan tertunggu-tunggu.

Selain itu ada beberapa pendekatan yang boleh kita lakukan bagi memastikan produk yang kita jual di Shopee boleh menghasilkan jualan yang memberangsangkan.

8 cara di bawah ini, antara langkah-langkah yang patut kita praktikkan bila menjual di Shopee:

1# Gambar jelas yang diambil sendiri

Kalau ada produk dalam tangan, sebaik-baiknya ambil gambar sendiri dan gunakan gambar tersebut.

Sebab itu ada sesetengah pembekal produk dropship, mahu pengedarnya membeli sekurang-kurangnya satu untuk kegunaan sendiri. Bukan hanya supaya kita tahu tentang produk yang kita jual. Juga kita boleh ambil kesempatan untuk mengambil gambar produk itu sendiri.

Kalau hanya menggunakan gambar produk seperti yang diberikan oleh pembekal, kita akan dapati gambar tersebut turut digunakan oleh penjual lain.

Penggunaan gambar yang kita ambil sendiri akan memberikan nilai keunikkan tersendiri.

panduan mulakan bisnes di shopee

Contoh gambar jam tangan G-Shock Couple Set di atas. Ia kelihatan lebih menarik dan unik kalau dibandingkan dengan gambar yang diambi menggunakan model.

2# Penggunaan video penerangan

Penggunaan video bukan hanya menjadikan listing kita unik. Video juga turut membuatkan pengunjung ‘berhenti’ lama melihat produk kita.

Makin lama pelawat berada dalam kedai Shopee kita, makin tinggi tahap kepercayaan pelanggan kepada kita.

3# Buat penghantararan percuma

Dalam Ebook Panduan Lengkap Bisnes Shopee ada dimuatkan bab tentang … Shopee Free Shipping Program

panduan buat duit di shopee

Gunakan program ini dengan sebaik mungkin. Jika program ini tidak ada, cuba serap kos penghantaran dalam harga jualan.

Faktor kos penghantaran juga sebenarnya mempengaruhi mood pembeli sama ada mahu teruskan pembelian ataupun tidak.

4# Gunakan ayat copywriting yang bagus dalam keterangan produk

Mereka yang baru hendak mulakan bisnes online mungkin tidak biasa dengar tentang copywriting. Mereka yang biasa dengan bisnes online, cuma baru sahaja hendak mulakan bisnes di Shopee akan biasa dengan copywriting ini.

Copywriting secara asasnya adalah teknik penulisan bersifat memujuk dan meyakinkan pembaca untuk membuat keputusan dan bertindak. Dalam bab ini, kita mahu pembaca membeli produk yang kita jual.

Ramai penjual di Shopee menulis keterangan produk dengan ringkas sahaja. Malah ada yang bulat-bulat copy keterangan yang diberikan oleh pembekal.

Di sini kita ada kelebihan bila kita menulis copywriting yang bagus.  Iklan kita nampak lain dari yang lain.

Yang tidak biasa dengan copywriting ni, belajarlah!

Yang sudah biasa dengan copywriting ni, kenapa tidak gunakan?

5# Maksimumkan pengunaan Marketing Centre

Pihak Shopee ada sediakan fungsi Marketing Centre untuk penjual di Shopee. Kenapa tidak gunakan sebaik mungkin?

Pada bahagian Marketing Centre ini, terdapat tools yang boleh kita gunakan untuk membuatkan pengunjung tertarik dengan iklan kita.

cara promosikan kedai di shopee

Antaranya;

Fungsi ‘My Ads’ boleh digunakan bagi membuat iklan kita dilihat oleh lebih ramai pelawat.

Fungsi ‘My Discount Promotions’ akan membuatkan pengunjung tertarik bila ada diskaun yang kita berikan. Jangan berikan diskaun terlalu tinggi sampai tidak masuk akal. Ia bukan membuatkan pembeli tertarik malah ‘menakutkan’ mereka kerana akan menganggap ada penipun di situ.

Selain menggunakan kaedah berbayar seperti yang terdapat di marketing centre, jangan pula abaikan penggunaan “kata kunci’ dalam iklan yang mungkin digunakan oleh pelawat untuk mecari sesuatu barang yang mereka ingin beli.

6# Berusaha naikkan bilanggan followers

Bilangan followers yang ramai di Shopee akan memberikan gambaran yang positif terhadap perniagaan yang kita jalankan.

tip dapatkan followers di shopee

Konsepnya sama seperti di media sosial seperti Facebook. Page kita di FB akan lebih dipercayai dan diyakini bila ramai followers.

Dapatkan followers di Shopee menggunakan cara yang betul.

7# Bila pelanggan bertanya, respon dengan cepat

Jangan biarkan pelanggan tertunggu-tunggu jawapan pada setiap persoalan yang mereka tanya.

Sudah tentu kita tidak boleh online sepanjang masa. Jadi tetapkan masa untuk kita berurusan dengan pelanggan.

Bagi yang part-time bisnes di Shopee, mungkin kita tetapkan masa malam sahaja untuk apa-apa urusan kerana siang ada komitmen kerja lain.

Bagi yang full-time, bolehlah buat urusan pada siang hari. Apa pun, terpulang kepada apa yang kalian rasakan sesuai. Hanya orang yang buat bisnes tahu, apa masa yang sesuai.

Jangan senyap sahaja walau kalian tiada jawapan. Jika tidak boleh jawab, terus terang cakap dan minta pelanggan rujuk kepada pihak atau sesiapa yang sepatutnya. Jika kalian perlukan masa untuk memberikan jawapan, minta pelanggan bersabar sehingga kalian dapatkan jawapan.

8# Luaskan pemasaran di luar laman Shopee

Beritahu di media sosial terutamanya di Facebook yang kalian ada kedai di Shopee. Beritahu produk apa yang kalian jual dan bila mereka beli, minta mereka tinggalkan komen dan review yang positif di Shopee.

Komen dan review banyak dan positif sangat membantu dalam menggalakkan jualan pada masa akan datang.

Jika ada bajet yang lebih, boleh buat pengiklan di blog-blog atau saluran berita online yang terkenal. Sama ada iklan berbentuk banner atau jenis artikel. Jenis artikel lebih bagus kerana ia memberikan trafik yang konsisten dari search engine dan pembaca blog berkenaan.

=== === ===

8 cara yang dikongsikan ini adalah antara langkah-langkah yang boleh kalian lakukan untuk meningkatkan jualan di laman web Shopee.

Sebenarnya banyak lagi cara atau teknik untuk tingkatkan jualan di Shopee, misalnya teknik buat banyak-banyak akaun dan ada yang lain.

Jika kalian memerlukan rujukan dan panduan yang lebih lengkap, rujuk link di bawah (atau klik banner)

>RUJUKAN DAN PANDUAN LENGKAP BISNES SHOPEE<

Bila kalian memiliki rujukan dan panduan ini, kalian akan masuk group sokongan di Facebook. Di sana kalian boleh mencari jawapan atau bertanyakan soalan, sebarang bantuan dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge