Senarai Produk Ini Tidak Boleh Dijual Di Shopee

Mudah sebenarnya untuk menjual barang di Shopee. Akan tetapi, bagaimana mudahnya pun, tetap ada larangannya.

Seperti mana-mana platform berniaga online yang lain, seperti Lazada, Mudah, Lelong dan Ebay, Shopee juga ada pantang larangnya.

Pantang larang ini berupa perbuatan yang tidak boleh dibuat dan senarai barangan yang tidak boleh dijual melalui platform Shopee.

Peraturan atau pantang larang sebegini sangat penting untuk memastikan platform Shoppe ini dapat lama berfungsi dan berjalan dengan baik tanpa timbul apa-apa masalah antara 4 pihak ini: pengendali Shopee – penjual – pembeli – kerajaan/undang-undang.

Kalau kita ingin berniaga lama di Shoppe, kena patuhi peraturan yang ditetapkan.

Gambar sekadar hiasan. Tiada kene mengena dengan list barang tidak boleh dijual

Polisi Barang Terlarang

Setiap platform jualan online mempunyi terma dan syarat yang mesti dipatuhi oleh penjual dan pembeli.

Polisi barang yang dilarang ini mempunyai beberapa maksud:

# Tidak boleh jual diluar juga tidak boleh dijual melalui online, seperti dadah.

# Boleh jual diluar tapi tidak boleh melalui online, seperti racun berjadual.

# Boleh jual diluar tapi bersyarat kalau jual melalui online, seperti barang berjenama yang mempunyai pengedar khusus.

# Boleh dijual di luar dan boleh dijual melalui online: Barang seperti ini banyak dan barang-barang seperti inilah yang patut diberi perhatian oleh penjual.

Pelanggaran Polisi Barang Terlarang

Kita sebagai penjual, boleh dikenakan tindakan berikut jika melanggar polisi ini:

1# Segala listing akan dipadam

2# Beberapa kemudahan atau hak untuk menjual akan disekat.

3# Akaun akan digantung atau ditamatkan.

4# Tindakan undang-undang.

Yang paling teruk adalah bila nama dan No.Mykad kita disenarai hitam untuk tidak lagi boleh membuka akaun.

Senarai Barang Terlarang

01# Produk berasaskan haiwan atau hidupan liar yang diwartakan.

02# Barang antik yang diwartakan sebagai artifak negara.

03# Wang palsu.

04# Kad kredit/debit.

05# Sebarang jenis wang termasuk wang digital.

06#  Dadah dan ubat-ubatan.

07# Peralatan komunikasi yang tidak didaftarkan dan beberapa alatan elektronik, seperti pengesan radar, radar satelit, perakam panggilan dan sebagainya.

08# Barang yang disekat penggunaannya oleh umum.

09# Senjata api dan senjata seperti semburan lada, replika “stun gun” dan lain-lain.

10# Makanan terlarang. Untuk keselamatan pengguna, penjual tidak dibenarkan menjual sebarang makanan atau berkaitan makanan meliputi perkara berikut:

– Makanan yang didakwa mampu menyembuhkan dengan cara tidak masuk akal dan bertentangan dengan kajian sains.

– Beracun atau berisiko untuk memberikan keracunan.

– Produk tenusu yang tidak dibasmi kuman.

– Cendawan liar

– Makanan yang berisiko untuk membahayakan kesihatan.

11# Barangan yang berkaitan dengan kerajaan atau polis seperti pakaian seragam dan lencana.

12# Anggota badan dan organ manusia.

13# Alatan untuk ‘lock-pick’.

14# Tiket loteri.

15# Racun Serangga.

16# Mesin slot.

17# Saham.

18# Tembakau atau yang berkaitan dengan tembakau.

19# bahan cetak, buku, filem, video atau game yang tidak mematuji undang-undang percetkan dan penerbitan.

20# Barangan curi.

21# Barang yang tidak dilabel dengan betul.

Sebelum menjual apa-apa di Shopee, sangat digalakkan untuk melihat dulu senarai yang tidak boleh dijual. Kita tentu tidak mahu, setelah bersusah payah menyediakan stok, barang itu tidak boleh dijual pula. Paling teruk bila dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Apa pun yang paling penting berniaga di Shopee ni bukan apa yang tidak boleh dijual tapi….apa kita nak jual?

Tidak ada guna langsung jika berpengetahuan tentang apa yang tidak boleh dijual tapi tiada pengetahuan apa yang terbaik untuk dijual.

Kiranya tidak tahu hendak menjual apa di Shopee, elok dapatkan panduan Bagaimana Berniaga Di Shopee.

Apa yang terpenting dalam panduan ini adalah sumber untuk mendapatkan produk. Bila sudah tahu di mana sumber mendapatkan produk…barulah mudah memilih, produk apa yang hendak dijual.

Untuk keterangan lanjut, rujuk link di bawah:

>Klik di sini: PANDUAN MEMULAKAN BISNES DI SHOPEE<

Penting untuk anda dapatkan panduan dan bimbingan yang betul jika anda benar-benar mahu berjaya dalam perniagaan menggunakan platform Shopee ini.

#Ada group support khas bila anda mendapatkan panduan berniaga di Shopee ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge