Boleh Ke Nak Mulakan Bisnes Di Shopee Tanpa Modal?

“Saya tak ada modal lagi nak buat bisnes. Boleh ke buat bisnes di Shopee cara dropship? Sebab dropship tak perlukan modal.”

Memang sekarang ini ramai orang berminat  nak jual barang di Shopee. Shopee antara port paling trending sekarang ini untuk mula menjual barang secara online.

Sebab itu ebook yang menerangkan cara bagaimana memulakan bisnes di Shopee… laku keras!

>Klik di sini untuk tahu lebih lanjut tentang ebook Bisnes Shopee ini<

Bukan itu sahaja, Shopee antara laman beli belah online yang paling hot sekarang ni.

Bila menjual di Shopee, potensi barang jualan kita laku keras memang besar sebab pengunjung dan pembeli di Shopee memang ramai.

Mereka yang sudah ada bisnes sudah menjual di Shopee. Mereka yang tidak ada bisnes dan modal pun mahu buat di Shopee.

Sebab itu mereka bertanya, bolehkah memulakan bisnes di Shopee menggunakan kaedah dropship.

Dropship adalah kaedah di mana… penjual tidak ambil atau simpan stok. Mereka menjual berdasarkan gambar dan keterangan sahaja. Bila pembeli membuat bayaran, barulah penjual oder daripada pembekal.

Jadi, berbalik kepada pertanyaan di mula-mula tadi… bolehkah orang yang tidak ada modal duit, buat dropship di Shopee?

Jawapannya…

Jika tidak keluarkan modal langsung memang tidak sesuai berniaga di Shopee.

Walaupun dengan kaedah dropship, sepertinya penjual tidak mengeluarkan modal langsung. Penjual akan menggunakan duit yang sudah dibayar pembeli untuk membayar kepada pembekal.

Eh! Kenapa pula?

OK, macam ni…

Dalam sistem Shopee, pihak Shopee kan ‘pegang’ dulu duit yang dibayar oleh pembeli.

Pihak Shopee akan semak status tracking yang kita masukkan ke dalam sistem Shopee.

Setelah barang yang kita pos selamat sampai ke tangan pelanggan, barulah duit itu dimasukkan ke dalam e-wallet dan bolehlah kita withdraw ke bank.

Kaedah ‘pegang’ duit dulu ini oleh pihak Shopee sebelum ‘dilepaskan’ kepada penjual adalah untuk memastikan pembeli tidak ditipu oleh penjual. Dan kita sebagai penjual juga, tidak ada apa yang hendak dirisaukan tentang duit yang dipegang dulu oleh Shopee. Kita akan dapat juga bila kita jujur dalam bisnes.

Jadi, hakikat sebenarnya macam ni…

Walau kita buat dropship dan sudah ada pembeli yang membayar… hendak tidak hendak kita kenalah keluarkan duit dulu untuk membayar kepada pembekal.

Ini kerana kita belum dapat duit yang dibayar oleh pembeli.

Jadi, tidak ada istilah dropship tanpa modal jika mahu buat bisnes di Shopee.

Kena sediakan modal juga. Disarankan untuk sediakan modal sekitar RM500 untuk membuat bayaran kepada pembekal.

==  ==  ==

Nak belajar cara dropship barang dan jual dalam Shopee?

Ketahui lebih lanjut melalui link di bawah…

>KLIK UNTUK BELAJAR BISNES SHOPEE TANPA PEGANG STOK<

# jika artikel ini bermanfaat untuk anda, share kepada orang supaya mereka mendapat manfaat yang sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge